Asas SEO: Cara Meningkatkan Domain Score atau Domain Authority

Panduan Asas SEO Untuk Pemula

Asas SEO yang perlu anda faham terlebih dahulu adalah berkaitan dengan Domain Authority.

Dulu kita selalu dengar berkenaan Google Page Rank. Google page rank diberikan kepada domain dari nilai 0-10.

0 membawa maksud tidak mempunyai authority manakala 10 mempunyai authority yang maksimum

Masalah dengan Google Page Rank adalah ianya tidak dikemaskini dengan kerap.

Jika anda pemilik web buat backlink atau apa-apa tindakan untuk menaikan page rank, anda perlu tunggu berbulan-bulan untuk dapatkan result.

Untuk kita melihat kesan daripada SEO untuk keyword yang kita cuba rank kan di page google mengambil masa 2 3 bulan.

Jadi kita tidak tahu sama ada kita sedang melakukan perkara yang betul atau tidak berkenaan dengan SEO.

Domain Authority akan menjadi indicator kita untuk mengetahui kita sedang lakukan perkara yang betul atau tidak.

Dengan domain authority kita yang semakin meningkat ia merupakan tanda yang bagus.

Terdapat 2 website yang boleh anda periksa domain authority web anda:
1. Open Site Explorer by Moz – Free
2. Ahrefs – Berbayar

Saya prefer yang percuma menggunakan Moz – Open Site Explorer.

Score yang diberikan adalah 0-100. Pastinya nilai yang lebih besar adalah lebih baik.

Untuk meningkatkan domain authority ini kita perlu melakukan link building.

Adalah sangat disarankan untuk melakukan linking pada domain yang mempunyai authority yang lebih tinggi daripada website kita.

Kenapa Kita Perlu Tingkatkan Domain Authority?

Dengan meningkatnya domain authority kita, kebarangkalian untuk website kita berada di ranking yang lebih daripada pesaing adalah semakin tinggi.

Kemudian, trafik ke website kita akan semakin meningkat dan kita akan buat duit semakin banyak.

Sebab konsep Domain Authority ini kami kongsikan sebagai Asas SEO yang perlu anda faham.

Tips Untuk Naikan Domain Authority – Neil Patel

1. Lakukan Link Profile Audit

Buang backlink yang tidak diperlukan (Disavow Link)

2. Fokus pada On-Page SEO dan Off-Page SEO

  • Optimumkan penggunakan Title dan Meta Tag – Jika menggunakan wordpress boleh install plugin Yoast SEO
  • Optimumkan Kelajuan Loading Website
  • Mobile First SEO – Install AMP Plugin atau menggunakan theme yang responsive
  • Navigasi Mesra Penguna – [Breadcumbs & Sitemaps]
  • Buat Internal Link dan Backlink

3. Buat Keyword Research

Cipta blogpost topik yang HOT dalam niche blog anda.

Antara tools yang saya selalu gunakan untuk membuat kajian keyword adalah:

    • Google Keyword Planner – Percuma
    • Chrome Extension – Keyword Everywhere – Percuma
    • Ubersearch by Neil Patel – Percuma

4. Teruskan menambah artikel

Sebenarnya google sukakan backlink yang terhasil secara natural.

Untuk mendapatkan backlink secara natural ini, anda perlu hasilkan artikel yang berkualiti dalam topik niche anda.

Itu yang sebenarnya google mahukan.

Elakkan membeli backlink dengan cara blackhat – terutamanya yang servis-servis yang dijual di fiverr.

Sumber: How to Boost Your Domain Authority by 5 Points in 2 Weeks

5 Teknik Untuk Meningkatkan DA – Seosiren

1. Deep Linking

Deep Linking atau Internal Link adalah perkara yang sama.

Apa yang anda perlu lakukan adalah, link kan post anda kepada post lain yang berkaitan.

Jadi terdapat pertalian diantara satu sama lain.

Contoh mudah yang kita boleh ambil adalah di website wikipedia. Terdapat banyak internal link antara page-page mereka.

Pastikan link kepada artikel yang berkaitan dengan artikel yang sedang anda tulis.

2. Link Diversity

Link Diversity merupakan konsep untuk Off Page SEO untuk melakukan backlink.

Diversity atau kepelbagai membawa maksud google tidak akan memberi nilai tambah jika terdapat banyak backlink dari 1 website sahaja.

Jika anda buat guest posting – pada kebiasaannya akan dibenarkan untuk masukan 3 link. Jadi gunakan secara optimum.

    • 1 point kepada blogpost
    • 1 point kepada homepage [Brand Name]
    • 1 point kepada kategori

3. Kualiti Artikel

Google hanya akan ranking post anda jika mempunyai artikel yang berkualiti.

Selalunya apa yang saya baca adalah artikel yang panjang.

Artikel yang panjang ini membawa maksud artikel yang penuh dengan informasi sepertimana yang pembaca mahukan.

Jika keyword yang anda cuba rank itu mempunyai pesaing, cuba analisis pesaing-pesaing anda.

Berapa panjang dan berapa berinformasi artikel yang ditulis.

Untuk ini, plugin Yoast SEO dapat membantu untuk memberi panduan kepada anda. Tulis artikel sehingga butang HIJAU.

Elakkan “Keyword Stuffing” untuk cuba manipulasi google.

4. Perkongsian Media Sosial

Google juga memberi nilai atas dasar populariti perkongsian artikel anda di sosial media.

Antaranya, Twitter, Stumble Upon, Reddit, Pinterest, Facebook, Linkedin dan lain-lain.

Beberapa sosial media yang sesuai untuk bahasa melayu adalah Facebook, Twitter, Pinterest dan Linkedin.

Apabila perkongsian di media sosial yang tinggi, Domain Authority pastinya akan juga meningkat secara tidak langsung.

5. Bersabar dan Tunggu Tempoh Matang

Semua yang anda bakal lakukan ini tidak akan memberi keputusan dalam masa 24jam.

Ia perlukan masa untuk google analisis dan ranking kan.

Mungkin mengambil masa berbulan-bulan lamanya untuk mendapatkan keputusan yang anda inginkan.

Jadi, teruskan menambah artikel diblog anda dan teruskan menulis dengan berinformasi.

Sumber: 5 Best Techniques to Increase Domain Authority (DA)

7 Cara Tingkatkan Domain Authority – Shoutmeloud

1. Artikel Berkualiti

Jika kita lihat daripada perkongsian pakar seo antarabangsa ini, mereka tetap memilih kualiti artikel menjadi faktor utama.

Content Is King – dan itu lah tujuan utama google wujudkan enjin cariannya.

Inilah asas seo yang sebenarnya.

Untuk memberikan info yang terbaik kepada pembaca.

2. On-Page SEO

Antara yang perlu dilakukan untuk on-page seo:

    • Keyword Density – maksimum 1.5% daripada jumlah perkataan artikel
    • Heading Tag – Gunakan H1, H2, H3 dalam highlight isi penting
    • Targeted keyword – Disarankan untuk menggunakan long tail keyword agar mudah untuk berada di ranking tinggi.
    • Permalink structure – pastikan keyword anda berada dalam permalink artikel. Jauhi permalink yang ada struktur tarikh.

    • Meta description – jangan sesekali tinggalkan kosong dalam meta description. Masukan juga keyword yang kita mahu rank dalam meta description.

Sebenarnya untuk On-Page SEO ini tidak perlu risau sangat kerana anda hanya perlu install Yoast SEO plugin dan penuhi segala permintaannya.

3. Internal Link (Kunci)

Dengan kita buat link kepada artikel kita yang lain, secara teorinya akan mengurangkan Bounce Rate.

Jadi, masa dan page view website kita akan meningkat.

Ini akan memberikan signal kepada google yang keyword yang dicari oleh pembaca tadi adalah relevan.

Dengan itu, ranking artikel anda akan meningkat.

Ia juga memudahkan bot untuk crawl artikel-artikel kita.

Disamping itu, link juice juga dapat dibahagikan kepada artikel-artikel lain untuk di rank.

Pastikan internal link dibuat dengan do-follow.

4. Backlink Kualiti Tinggi

Bahagian untuk membina backlink ni, adalah sukar lebih-lebih lagi anda masih baharu untuk faham tentang ASAS SEO.

Sebab itu, cara terbaik untuk permulaan adalah fokus kualiti artikel dan kongsikan di sosial media.

Orang sukar untuk kongsikan artikel kita lebih-lebih lagi blog kita masih baharu dan artikel tidak banyak.

5. Disavow Bad Links

Kualiti adalah lebih penting daripada kuantiti.

Mungkin sebelum ini anda telah buat backlink cara salah yang dianggap spam oleh google.

Jadi gunakan Google Disavow Tool untuk membuang backlink yang tidak berkualiti.

6. Bersabar

Bersabar dengan teruskan menulis artikel.

Bukan bersabar dengan hanya beberapa artikel.

7. Tingkatkan Kuantiti Artikel

Fokus pada satu-satu topik kemudian kembangkan kepada lebih lagi untuk menjadikan blog anda semakin berkembang dalam topik yang dipilih.

Sumber: Increase Domain Authority

Google lebih gemar akan blog yang lebih fokus kepada satu-satu topik berbanding blog yang semua cerita dalam 1 blog.

Namun, apa yang menjadi ketakutan adalah, sejauh mana blog yang fokus mampu pergi jauh.

Terutamanya niche-niche yang kurang carian jika nak dibanding dengan gosip-gosip artis.

Ini hanyalah Asas SEO permulaan, bacaan lanjut berkaitan SEO dalam Tips SEO .

Panduan SEO Malaysia >>

Jika anda suka artikel sebegini, boleh join kami di Youtube Channel. Selain itu, boleh juga sertai kami di Telegram dan Facebook

Domain AuthorityDomain ScoreSEO
Comments (2)
Add Comment
    • mazuki

      sama-sama… moga-moga sama-sama kita dapat manfaat