3

Salam Kenal Kepada Rakan Blogger di Johor

Selepas setahun berblog rasa aku tidak lagi keseorangan dan mengenali siapa disebalik blog yang gah dimiliki, pertalian persahabatan makin terjalin.

Mungkin blog ini malaydilemma.com merupakan blogger yang pertama aku jumpa kerana ownernya merupakan rakan seperjuangan yang tempat untuk aku berkongsi dan bertukar pendapat mengenai dunia blogging ketika itu. Al-maklum la ketika itu baru kami masing-masing baru sahaja membina blog wordpress dan tumpuan kami sama ketika itu melombong emas di US sebagai pendatang haram dengan program Associated Content . JANGAN TANYA LAGI BAGAIMANA NAK BUAT DUIT DENGAN AC sebab pendatang haram memang dah tak boleh ;) .

Selepas penutupan AC, saudara dilemma terus beralih kepada ebay dan aku meneruskan perjuangan berblog tanpa income di selangor2u.com .

Berblog tanpa dapat apa-apa income sangatlah memilukan pada peringkat awal, namun dari hari ke hari aku mula mencapai satu tahap dimana aku berblog tidak mengharapkan apa-apa tetapi mula merasakan berblog mula menjadi hobi aku.

Betul lah apa yang orang cakap, berblog memerlukan kesabaran.

Selepas setahun aku berblog dalam pelbagai cara aku cuba untuk mendapatkan payment pertama dari google adsense akhirnya aku berjaya pada 24 hb Jun 2009 yang lalu.

Bermodalkan duit adsense tersebut aku meneruskan pelaburan dalam belajar erti sebenar make money online with blog dengan saudara rohaizad. Walaupun belum mendapat apa-apa income hasil dari tunjuk ajar beliau tetapi aku tahu aku memang jenis slow sket ;) . Ketika itu pergi bersama dengan wanmus juga pelajar UTM tetapi amek Master aku degree je. Agak-agak wanmus dah berapa riban yea buat duit hasil tunjuk ajar rohaizad ni ;) .

Perkenalan dengan para blogger diteruskan lagi apabila saudara rohaizad membuat program berbuka puasa dengan anak-anak didik beliau semua di JB Catering pada bulan ramadhan yang lepas.

Disini aku mula mengenali nueman,boy,shaffik, abu samah, reza dan beberapa orang lagi la..

Tapi sebenarnya sebelum majlis berbuka puasa ni aku sempat untuk bertemu dengan Yam. Sempat la makan-makan minum skali dengan dia, awek dia, mak dia, adik perempuan dia.

Petang tadi aku pegi cashkan duit google adsense ke 2 dan secara kebetulan pula berjumpa dengan owner blog http://cyza.us/. Juga pelajar UTM dalam Mekanikal tapi PHD. Adakah beliau juga seorang pensyarah UTM? Oh…belum sempat untuk berkenalan dengan lebih lanjut ;) .

Misi Seterusnya :

Google adsense : Cuba untuk dapatkan payout setiap bulan

Nuffnang : Dah berjaya dapat payout pertama. Skrang misi 1k bersama nuffnang sebelum bulan 12 tahun 2009 bermula bulan 6 2009 yang lalu.

Text link ads : dalam proses membina beberapa blog untuk naikan pR

Pay per Post : sama la macam TLA

Web flipping : Erm…macam menarik jugak kerja ni tapi ilmu belum cukup

Clickbank dan affiliate : ada cket ilmu boleh try video marketing kat youtube tapi internet slow la plak nak men upload2 video ni

Buat ebook sendiri : Nak tulis pasal apa?? Pasal diri sendiri buat biografi?? Aku artis ke nak tulis pasal mcam ni.

Misi-misi lain :

Dapat Ijazah dalam Kejuruteraan Marin secepat mungkin. Walaupun lambat janji selamat. Aku memang pelajar yang slow cket…huhuhu

Filed in: General Tags: , , ,

Related Posts

Bookmark and Promote!

3 Responses to "Salam Kenal Kepada Rakan Blogger di Johor"

  1. hydir says:

    hoho .. aku pun blogger johor gak .. :-)

  2. Lizz says:

    oh, UTM jugak???hehehehe

  3. aku 2 ,orang johor gak..hehe , tapi daerah muar la

Leave a Reply

Submit Comment

© 2293 Internet and Blogging Tips | Mazuki Blog. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.