fbpx
Home » Blog » Bisnes » Senarai Pelaburan Untuk Menjadi Pakar Pemasaran Digital
Pakar Pemasaran Digital

Senarai Pelaburan Untuk Menjadi Pakar Pemasaran Digital

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. 

Nak jadi Pakar Pemasaran Digital? Tak salah untuk saya bercita-cita.

Untuk kita mahir dalam sesuatu bidang, pada pendapat saya tidak ada jalan mudah selain kita membaca, mengkaji dan paling penting adalah BERGURU.

Bukan semua perkara yang kita mahu belajar kita mampu untuk jumpai di google dan selalunya ia tidak cukup terperinci.

Apa yang saya suka apabila kita membeli panduan-panduan di online adalah kita dapat belajar cara atau teknik yang mereka lakukan.

Pada kebiasaannya berdasarkan eksperimen dan pengalaman mereka sendiri dalam bidang ini.

Sejak 2017, apabila saya kembali serius dalam bidang pemasaran digital ini saya telah menanamkan keazaman untuk menjadi seorang Pakar Pemasaran Digital di Malaysia.

Tidak kira berapa lama masa saya perlu ambil, saya akan kearah itu.

Saya telah tanamkan azam yang sangat tinggi untuk berjaya dalam Bidang Pemasaran Digital ini.

Dengan itu, saya telah nekad untuk sentiasa melabur dari masa ke masa dalam ilmu ini.


Berikut Merupakan Senarai Panduan/Bahan Pembelajaran Yang Telah Saya Laburkan Sejak 2017

Advertisement
  1. Jan 2017 – RM 100 – UDEMY – SEO – The Complete SEO Course – Rank Your Website in Google Easily
  2. Feb 2017 – RM 47 – Zyan – SEO – Panduan Video SEO
  3. Apr 2017 – RM 50 – UDEMY – FB ADS – Facebook Ads & Facebook Marketing MASTERY
  4. Apr 2017 – RM 50 – UDEMY – GOOGLE ADS – Ultimate Google Ads / AdWords Course 2018 – Profit With PPC!
  5. Apr 2017 – RM 50 – UDEMY – SEO – Marketing Strategy To Reach 1,000,000 With SEO, Social Media
  6. Apr 2017 – RM 50 – UDEMY – SEO – Start and Run a Successful & Profitable Home SEO Business
  7. May 2017 – Rm 200 – UDEMY – SEO – The Complete SEO Guide to Ranking Local Business Websites
  8. Jul 2017 – RM 135 – JVZOO – DROPSHIP – Dropship Lab – Build 6 figure business selling products on Facebook using AliExpress
  9. Sept 2017 – RM 150 – Azham Zanal – SEO – World Class Blog
  10. Nov 2017 – RM 55 – UDEMY – SEO – Complete SEO Training + SEO for WordPress Websites
  11. Nov 2017 – RM 183 – FB ADS – Canvas Conversion Kit + Bonus Case Study FB
    Canvas & Conversion
  12. Dec 2017 – RM 200 – Wan Yusoff – SEO – Content Mastery + TSS
  13. Dec 2017 – RM 100 – LIKEMETHOD – FB ADS – Like Method + Teknik-teknik Advance + Burger Method
  14. Jul 2018 – RM 89 – WTW – COPYWRITING – 20 Template Iklan Produk Jerawat
  15. Jul 2018 – RM 65 – Danial Arif – COPYWRITING – Copy Master 2.0
  16. Aug 2018 – RM 42 – UDEMY – SHOPIFY – The Complete Shopify Aliexpress Dropship course
  17. Aug 2018 – RM 800 – LURN – DIGITAL MARKETING – Millionaire Mentor
  18. Aug 2018 – RM 300 – SHOPIEVO – SEO – Lubuk Trafik Pro
  19. Oct 2018 – RM 50 – Danial Arif – FB ADS – Retargeting Master
  20. Jan 2019 – RM 175 – Saifuddin Ilyas – CLOSING –  Casual Closing Mastery (Seminar)

Total: RM 2888

Walaupun telah banyak saya habiskan, pada pertengahan 2018 saya mula mendapat hasil daripada apa ilmu yang saya belajar dan telahpun balik modal dengan apa yang saya laburkan.

Sebenarnya ini adalah kali pertama saya rekodkan jumlah yang saya telah habiskan untuk belajar berkenaan ilmu Pemasaran Digital.

Saya berharap pada tahun-tahun mendatang ini, saya akan lebih fokus dalam perlaksanaan.

My Affirmation: Untuk Menjadi Pakar Pemasaran Digital di Malaysia

Itu adalah perkara paling penting.

Orang yang berjaya adalah orang yang ‘take action’.

Bukan cukup sekadar tahu tetapi tidak mempraktikkan ilmu yang ada.

Jadi apa yang dapat simpulkan disini, tidak rugi untuk kita melabur dalam ilmu yang kita minat walaupun ia tidak memberikan hasil pada hari ini atau esok.

Jika diteruskan pasti kita akan berjaya.

Saya akan cuba sentiasa kemaskini senarai ini dari masa ke masa.


Misi Menjadi Pakar Pemasaran Digital

Advertisement

Status 2021?

Untuk 2021 – misi adalah untuk teruskan melaksanakan dan memimpin team pamasaran klien yang sekarang untuk terus sukses.

Saya juga berharap perkongsian di blog ini juga semakin berkembang.

Advertisement

Status 2020

Walaupun masih belum mempunyai perniagaan online sendiri, tetapi saya diberi kepercayaan oleh client saya untuk menyusun strategi pemasaran online untuk bisnes mereka.

Berikut adalah bisnes yang saya terlibat buat masa ini:

  • Bisnes berkaitan kesihatan dan perubatan [2018-sekarang]
  • Bisnes berkaitan kecantikan dan skincare [2018-sekarang]
  • Bisnes berkaitan property dan perumahan [2020-sekarang]

Jadi, bolehlah saya berlagak seperti seorang pakar pemasaran digital. 😉


Buat masa ini saya hanya fokus untuk memberi yang terbaik kepada klien saya dan dari sini saya banyak belajar dan praktikan ilmu pemasaran online saya walaupun belum memiliki bisnes online sendiri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sertai Komuniti MazukiBlog

Dapatkan Ebook Idea Jana Pendapatan & Bisnes Online
Scroll to Top