fbpx
Home » Blog » Bisnes » Bagaimana Cara Memulakan Perniagaan Online dan Menemui Kejayaan?

Bagaimana Cara Memulakan Perniagaan Online dan Menemui Kejayaan?

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. 

Ketika ini saya menjalankan perkhidmatan pemasaran secara online kepada sebuah perniagaan lokal di Terengganu.

Dengan pengalaman ini sedikit sebanyak saya mampu untuk menimba pengalaman cara memulakan perniagaan online untuk saya kongsikan.

Dalam masa yang sama, saya juga ada menjalankan perniagaan secara online dengan menjadi agen pemasaran kepada 2 buah perniagaan.

Mudah cerita mungkin boleh katakan “DROPSHIP”.

Antara punca utama saya menjadi agen pemasaran ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menjual pada diri saya sendiri.

Jika diikutkan, ia tidaklah memberikan pulangan yang besar kepada saya tetapi nilai pengalaman itu sendiri adalah sangat besar kepada saya. (learning process).

Ini cadangan saya, cara memulakan perniagaan online anda:

  • Buat Dropship – Saya pernah menjual software dengan mencari supplier dari forum. Kemudian saya jual kepada rakan terdekat menerusi Whatsapp dan Website. Saya juga gunakan facebook personal untuk promosikan produk saya. Orang membeli kerana mempunyai ‘TRUST’ kepada saya.
  • Buat Affiliate – Buat affliate adalah kita menjual produk orang lain dengan hanya mempromosikan link affiliate kita. Sekarang Shopee pon dah ada affiliate. Ramai orang dah buat. Kaedah promosi saya buat adalah menerusi website.
  • Menjual Servis – Untuk menjual servis anda perlukan skill. Macam saya, saya mempunyai kemahiran dalam bina blog dan website. Jadi, saya pernah mengambil perkhidmatan buat website dan landing page sejak dari Universiti lagi. Sekarang masih aktif menawarkan servis buat facebook ads.
  • Jual Produk Digital – Jual produk digital antara yang boleh berikan untung yang besar. Kerana kos mungkin hanya anda perlukan adalah tenaga. Kos duit mungkin sangat minima. Boleh dijual di Shopee atau di website sendiri.
  • Jual Produk Fizikal – Mungkin ini akan ada kos sebab anda perlukan modal untuk mengadakan produk berkenaan. Jika anda ingin terus menjual produk fizikal anda boleh jual di Shopee atau Tiktok Shop. Dua platform ini adalah yang paling popular di Malaysia.

Jadi Bagaimana Untuk Bermula?

Advertisement

Sebenarnya tiada cara memulakan perniagaan online dengan jalan singkat yang mampu kita lakukan untuk berjaya – sedangkan saya sendiri pon sampai ke hari ini masih memperkemaskan ilmu Pemasaran Digital ini.

1. Kuasai/Mula Belajar Pemasaran Facebook Ads

Advertisement

Facebook ads adalah pengiklanan yang berbayar. Saya tahu ramai yang lebih gemar untuk mencari teknik yang percuma tapi kalau benar-benar ingin berjaya anda belajar lah cara nak guna Facebook Ads ini.

Saya yakin anda tidak akan menyesal apabila sudah pandai atau paling kurang dah faham bagaimana Facebook Ads ini berfungsi.


2. Belajar Buat CopyWriting – Cara Tulis Ayat Iklan

Advertisement

Apabila kita ingin post iklan di facebook profile mahupon di Facebook Ads – ada cara menulis iklan yang telah terbukti berkesan oleh ramai pakar.

Menulis CopyWriting terdapat dia punya flow tersendiri – ada format dia… Selebihnya adalah kita perlu memperbanyakkan latihan menulis ayat iklan.


3. Belajar Buat Closing – Menjual

Advertisement

Menjual bukanlah semudah bila orang tanya terus kita bagi harga sebenarnya. Sebenarnya Teknik Closing juga seperti menulis CopyWriting, terdapat dia punya flow tersendiri.

Buat masa ini saya banyak belajar untuk buat closing menerusi whatsapp dan facebook mesenger. Terbaru closing rate personal saya hanya 10% (Sangat rendah) – masih banyak yang perlu saya tingkatkan.


4. Mencari Pemilik Produk Yang Memerlukan Agen

Advertisement

Saya andaikan anda telahpun belajar point-point saya pada no 1 2 dan 3. Tidak perlu tunggu nak faham semuanya baru nak cari produk untuk bermula.

Terus mencari produk-produk yang memerlukan agen yang memberikan komisyen yang baik untuk anda buat sale.

Apa yang penting dalam pemilihan ini adalah:

  1. Brand yang stabil – Membantu anda untuk buat closing kalau brand yang anda jual tu dah dikenali di pasaran
  2. Mempunyai support team yang baik – Kalau dapat bisnes online yang memang mereka sediakan bahan-bahan untuk anda terus post ke facebook profile dan facebook ads, ini adalah TERBAIK.
  3. Komisyen yang tinggi – terutamanya jika anda ingin buat facebook ads untuk mencari prospek. Terdapat sesetengah syarikat mereka akan cari prospek kita hanya fokus pada Closing (Ini lagi bagus)

5. Membina Facebook Page Sendiri

Advertisement

Saya tidak menjual di facebook profile saya melainkan perkongsian tips-tips berkenaan pemasaran digital di wall. Saya tidak katakan salah atau teknik saya adalah betul tp saya tidak lakukannya.

Sebab setiap barangan yang saya jual pada kebiasaannya saya akan run facebook ads. Saya juga akan membina reputasi page berkenaan sehingga dikenali.

Semakin dikenali page berkenaan bermakna anda telah membina branding tersendiri. Brand yang kuat akan membantu anda dalam proses Closing.

Brand Strength = Reputasion X Visibility


6. FOKUS

Advertisement

Saya menjadi agen jualan kepada 2 perniagaan berbeza. Salah satu darinya telahpon lebih dari setahun. Jadi jangan mudah untuk bertukar kepada perniagaan lain jika pada permulaan anda gagal untuk melakukan jualan.

Jika anda fokus dan terus dengan satu-satu niche, peratusan untuk berjaya adalah lebih tinggi.

Melainkan bisnes itu sendiri mempunyai masalah untuk guide agen.


7. Simpan Database Prospek dan Customer

Advertisement

Ini pentingnya facebook page dan simpan no prospek yang dah whatsapp kita. Saya sarankan untuk dapatkan no khas untuk anda menjual. Simpann segalanya disini.

Namun, untuk permulaan tidak menjadi masalah untuk menggunakan no yang sedia ada.

Untuk prospek yang telah contact atau engage pada facebook page kita, kita dapat retarget mereka kembali menerusi facebook ads. Sebab itu saya prefer untuk menjual di facebook page, bukannya di facebook profile.

No prospek yang pernah hubungi kita juga kita dapat retarget kembali dengan facebook ads. Sebab itu sangat rugi jika anda tidak simpan database mereka.


8. Analisis Prestasi

Advertisement

Untuk analisis prestasi ini, biasanya kita akan buat template sendiri untuk mendapatkan data dan analisis kita punya prestasi semasa.

Antara prestasi yang kita selalu monitor adalah:

  1. Cost Per Lead
  2. Cost Per Customer
  3. Average Order Value
  4. Closing Rate
  5. Ads Cost vs Sale
  6. Profit

Berdasarkan data yang kita ada ini, kita akan dapat forecast kita punya bisnes walaupun kita sebenarnya hanya seorang agen bukannya pemilik perniagaan berkenaan.

Data ini juga penting untuk kita tahu dimana kelemahan kita dan kekuatan yang kita ada. Jadi mudah untuk kita mencari penyelesaian kepada masalah yang terbukti pada data.


9. Scale Up

Advertisement

Apabila semuanya telah direkod dan stabil tiba masanya untuk kita gandakan keuntungan. Jika sebelum ini kita hanya run Rm10/day untuk iklan, telah tiba masanya kita gandakan kepada Rm50 atau Rm100 sehari.

Namun, perlu juga berhati-hati dan juga pantau ketika ingin scale up.


10. Reward Kepada Diri

Reward yang saya maksudkan bukanlah untuk reward kan diri anda dengan pergi bercuti tetapi reward kepada ilmu-ilmu baru.

Setiap kali anda mendapat keuntungan daripada perniagaan anda, jangan lupa untuk melabur untuk meningkatkan kemahiran diri anda.

Hadiahkan ilmu kepada diri anda untuk menjadikan diri anda lebih berharga dari masa ke masa.


Tiada Jalan Singkat/Mudah Untuk Berjaya

Tidak ada cara memulakan perniagaan online dengan mudah.

Saya tidak percayakan kepada jalan yang singkat untuk berjaya.

Jika berjaya pon ia tidak akan kekal lama.

Saya lebih suka untuk kuasai asas kemudian kepada yang lebih ke depan.

Ini kerana jika kita dapat kuasai asasnya untuk kita maju kedepan halangan yang bakal hadir kita dapat lebih banyak idea kerana asas kita kuat.

Bermula dengan dropship, antara langkah yang bagus untuk buat duit di internet tanpa memerlukan modal.

2 thoughts on “Bagaimana Cara Memulakan Perniagaan Online dan Menemui Kejayaan?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sertai Komuniti MazukiBlog

Dapatkan Ebook Idea Jana Pendapatan & Bisnes Online
Scroll to Top