|

Bagaimana Nak Jadi Malaysian Top 100 Blogger?

Lama tak update blog ni maklum la blog ni just blog personal, so kadang-kadang rasa nak update-update rasa malas tak update..boleh gitu?? boleh la kot.

Walaupun orang kata nak berjaya dengan blog perlulah update sekerap mungkin tapi jangan update men copy paste je kan.

malaysian top 100 blogger

Selepas setahun lebih aku usahakan blog selangor2u, sekarang nama blog selangor2u pon dah tersenarai dalam 100 blog popular Malaysia.

Perkiraan ini dibuat oleh riceblogger.com anda boleh cek kat 100 senarai blogger malaysia. Kalau anda rasa blog anda layak jangan segan silu untuk contact  Adi Wong bagitau dia.

Namun, perkiraan ini bukanlah 100% tepat lagi satu perkiraan ini juga dibuat bukan berdasarkan alexa rank semata-mata tetapi kombinasi alexa rank + technorati rank. Bagaimana Adi Wong tentukan aku sendiri pon kurang pasti.

Seikhlasnya aku terasa masih banyak blog-blog lain yang masih layak untuk berada dalam senarai tu cuma kadang-kadang ada yang tak register dengan technoratti so, secara automatiknya blog korang tak tersenarai dalam list tersebut.

Bagaimana Nak Jadi Malaysian Top 100 Blogger?

Sebenarnya aku sendiri pon tidak pasti bagaimana untuk memotivasikan orang lain dalam perihal berblog ini. Pastinya minat membuatkan seseorang tu berjaya. Sama juga dengan belajar, kalau dah tak berapa minat tu memang kurang berjaya la lebih-lebih lagi ambil jurusan yang tak berapa diminati (Memerli diri sendiri)

Kalau ditanya apakah ebook atau panduan aku beli dalam buat blog?

Sejujurnya tiada ebook panduan buat blog aku beli, sememangnya aku bermula dari 0. Cuma ada la belajar sikit pasal setup blog wordpress pada awal-awal tuh.

Yang lain seperti seo semua aku layan explore sendiri jela. Edit-edit koding wordpress semua belajar sendiri-sendiri. Selepas setahun aku explore aku rasa dah boleh faham sangat dah bagaimana wordpress ni.

Lain-lain tips, sudah-sudah la guna blogspot tuh…jom bermula dengan domain sendiri. Kalau orang tanya aku, aku lebih suka untuk bermula dengan domain bukan nama sendiri. Namun len orang lain pendapat.

Buat blog berdasarkan apa yang korang minat. Sebab minat je korang akan meneruskan usaha korang dalam buat blog. Dulu aku buat blog guna blogspot blog download-download lagu. Sekarang dah lama aku tak update sebab aku rasa cam ramai sangat dah buat. Lagipon nak buat apa lagi buat blog download mp3 kalau dah boleh search je kat ziddu dan 4share lagu-lagu yang korang nak.

Berapa Riban Ko buat duit dari blog sekarang??

Sebenarnya soalan-soalan perli ini dah jenuh aku jawab kepada rakan-rakan dari setahun yang lepas dari aku tak dapat duit sesen dari buat blog sampai la sekarang paling kurang Rm10 sehari aku leh la dapat. Sebulan dah RM300.

Dan sekarang mula “wei aku nak gak wat duit dari blog cam ko…cam best je” . Kalau korang tetiba suh aku ajar wat blog sebab nak duit aku mintak maap la. Aku kurang terasa nak layan.. Kenapa?

Sebab orang seperti ini akan terdesak buat blog sebab nak duit. Lepas tu mula la buat blog yang ntah apa-apa. Copy paste artikel orang, makanya jadilah blog-blog sampah.

Sumber pendapatan aku memang dari nuffnang dan google adsense.

nuffnang earning

Sejujurnya aku start dapat campaign dari nuffnang pada bulan 6 hari tu, sebelum tu aku ada dalam rm 50 je selepas setahun aku letak iklan nuffnang kat selangor2u. Betapa sabarnya aku setahun aku letak banner iklan nuffnang tapi dapat 20 sen, 30 sen…Mungkin itu la orang kata nikmat kesabaran. Sebelum ni aku decide nak cashout selepas dapat rm1000 memandang aku tak terdesak sangat lagi untuk menggunakan duit jadi aku jadikan duit nuffnang ni sebagai duit simpanan aku jela.

Duit ni terkumpul dari bulan 6 aritu sampai bulan 10 so lebih kurang 5 bulan = rm 1300/5 = lebih kurang rm260/month. Ok la tuh kan….simpan rm 260 sebulan.

Makan-makan belanja aku layan la duit google adsense dengan duit sewa ruangan iklan kat blog.

Antara-antara blog yang aku selalu layari dan aku respek ?

1. Aku dimotivasikan oleh problogger.net untuk aku bermula untuk berblog dengan blog sendiri.

2. Aku kagum dengan kecekalan dan sifat ingin tahu serta eksperimen-eksperimen yang dibuat titan dengan blog earcent.com/blog nya.

3. Dari segi bahasa dan design blog aku suka baca blog justkhai cuma aku jarang komen kat blog dia.

4. Aku banyak melepak dan komen di rohaizad.com. Aku sendiri pon tak tahu kenapa.

Aku ada beli reseller ebook smartzul tapi belum lagi rasa nak lancarkan sebab aku rasa nak buat update sikit ebook panduan wordpress tersebut biar kasi lengkap sikit lagi. Tapi bila nak siap aku pon tak tahu…

Aku pon nak tukar hosting kepada hosting yang lebih baik..kemana yea perlu aku beralih?

RELATED POSTS:


    Bagaimana Nak Uruskan Blog Yang Banyak??
  1. Ini masalahnya bila makin hari blog makin bertambah. Tambahan pula...


  2. Sampai Satu Masa Seorang Blogger Menjadi Buntu
  3. Semalam aku mula memotivasikan diri aku untuk mula rajinkan tangan...


  4. Salam Kenal Kepada Rakan Blogger di Johor
  5. Selepas setahun berblog rasa aku tidak lagi keseorangan dan mengenali...


  6. Motivasi Untuk Menulis Blog Inggeris Walaupun Tak Pandai
  7. Aku tahu ramai dikalangan kita yang dah pandai sangat buat...


  8. Menulis Untuk Suka Suki
  9. Tidak tahu mengapa aku perlu untuk membina personal blog ini....

Tags: , ,

BadOKGoodNiceVery Helpful (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Enter your email address:

19 Responses for “Bagaimana Nak Jadi Malaysian Top 100 Blogger?”

  1. topo says:

    mari bertukar ke serverfreak.. hehe diperakui oleh ramai blogger otai :D kalau sudi meh guna aff link aku.. hohoho banner ada kat blog aku

    [Reply]

    jukak Reply:

    ada offer tawaran menarik tak??? hahaha nanti aku usha…

    [Reply]

  2. Lizz says:

    thanks for sharing. bley jugak belajar sikit2 :)

    [Reply]

    jukak Reply:

    u r welcome…tuntut ilmu sampai ke negeri china…

    [Reply]

  3. Adney says:

    tahniah.. kesabaran kunci kejayaan. namun dalam2 byk2 blog kat atas.. mcm g ko ckp, blog titan ni special sikit.. die ade identiti sendiri.. expirimen2 die ok gak.. cume x sume aku join..

    [Reply]

    jukak Reply:

    apa buat yg membuatkan blog kita special ialah kita sendiri ;) tapi blog titan dia ske join seme mnde yg leh buat duit…tu aku kagum ngn dia…

    aku pon tak join semua…

    [Reply]

    titan Reply:

    terima kasih sebab korang berdua rajin datang ke blog aku. Aku tahu ramai rami silent reader dalam blog aku. Dan aku akan terus buat eksprimen tu semua demi orang malaysia sebab dulu, memang kita takde macam apa yang aku buat. Tapi sekarang, sebab tu aku buat blog jenis eksprimen tu..ada orang suka, ada orang tak suka. Biasalah, susah nak puaskan hati semua orang kan?

    Betul. Aku cuma sampaikan. Korang pilih mana yang korang berkenan aje dan sesuai dengan diri korang. Tak semua eksprimen aku berjaya. Ada gak yang kandas tengah jalan Nak buat macam mana kan, langit tak selalunya cerah.

    4 blog yang ko tulis tu. Aku memang minat baca. Termasuklah blog aku sendiri. Kalau blog aku sendiri aku tak suka baca. Tak tahulah..

    [Reply]

    jukak Reply:

    tapi sekarang problogger.net dah kurang daren post…orang len je post…jadi xberapa menarik la…dia banyak post video skrg…mungkin terlalu busy la tuh

  4. memang dasat la bro….dapat jadi 100 problogger…

    [Reply]

  5. nazri says:

    weh jukak…

    wa respect sama lu…. haha.

    [Reply]

  6. cyza says:

    eh mazuki….
    ko bila nak balik UTM?
    meh la belanja aku minum…dah dapat duit byk nuffnang dan adsense tu…hehe…

    [Reply]

    jukak Reply:

    minggu depan balik bro…nanti kita lepak…haha minum2 no hal punye ;)

    [Reply]

  7. Mus says:

    tahniahlah bro!!

    [Reply]

  8. KNizam says:

    tahniah!!

    [Reply]

  9. bro..saya pun nak ucap tahniah kat bro..nanti saya nak beriklan dekat blog bro

    [Reply]

  10. Jimmy says:

    Ha ha.. sayang nuffnang kat ko ek.. x nak try innity lak ke?

    [Reply]

  11. Michelle says:

    minggu depan balik bro…nanti kita lepak…haha minum2 no hal punye ;)

    [Reply]

    jukak Reply:

    balik mana bro???lepak mana?

    [Reply]

  12. George says:

    tahniah!!

    [Reply]

Leave a Reply

WordPress Blog


.